“Zamani Lupa Lirik Pun Boleh Ke Final Gegar Vaganza”
Kejayaan Zamani untuk layak ke peringkat akhir Gegar Vaganza semalam menimbulkan cakap cakap belakang yang mengatakan pihak penganjur memilih kasih sedangkan penyanyi itu tidak memberikan persembahan sempurna.
Zamani dilihat seakan terlupa lirik pada segmen pertama untuk menyanyikan lagu Dekat Padamu (Yusry KRU) dan insiden itu menjejaskan persembahan beliau.
BACA: Jamal Abdillah Beri Nasihat Buat Zamani Di GV
Penyanyi itu tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi supaya tidak ada salah faham dan menuduh beliau terlupa lirik.
“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari earpiece ketika itu. Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya”
“Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri,” jelas Zamani.
Zamani turut menjelaskan yang beliau berasa malu dan seakan putus asa selepas persembahan pertama yang memalukan itu namun beliau tetap memberikan persembahan yang terbaik untuk lagu kedua.
Lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain. Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila gagal ke peringkat akhir. (rtky/m)
- SUMBER
- Astro Gempak
DRAMA ASTRO. MEMANG DARI MINGGU PERTAMA LAGI NAK ZAMANI JADI JUARA GEGAR VAGANZA SEBAB LEGEND KATANYA.
Mungkin ASTRO simpati & kesian dgn Zamani. “LEGEND” lah katakan.
Now Zamani is the “LEGEND” kat dlm GV oops dlm Malaysia tau. Jgn kutuk2 tau. “LEGEND” weh!!! Hahaha..
Kesian Zamani , dpt masuk final d kata org tak dpt masuk final d kata org , apalah org² ni suka sgt tengok org sedih.. Biarlah dah rezeki dia lagi …
Vokal Zamani unik & mantap. Mmg legend. Hal2 kesihatan & teknikal diluar kawalan dia. Stage presence dia kuat & menarik perhatian ramai. GV5 ni rating tinggi sbb dia. Didoakan dia muncul juara. Be strong, Zamani.
Zamani mesti menang GV5 punya. His the Malaysian “Legend”. Semua lagu dia boleh “makan” punya. Sbb dia kan “LEGEND” kebangganan penonton GV5. “Legend” tkde dorang tknk tonton GV5. Syabas3x….
Tahniah…Zamani the “LEGEND”!!!
ala…. amelina pun lupa lirik juga…… biasalah ingat senang nak ingat 2 lagu dgn arrangement muzik baru… kita pun nyanyi karaoke lirik tunjuk depan mata pun silap sebut jugak…
betul..setuju2
rezeki menyebelahi zamani.. semoga zamani sihat.
Kalau nanyi lagu org hanya diberi 1 minggu utkmenghafal. Mmgla kdg kala akan lupa lirik.. adoiiii ini pon nak jadi issue besar..Allah Kasi rezeki nak buat mcm mana…
No comment
Kuasa yg mengawal menutup rezeki yg layak… Jgn pakai sentimental value… Not a fair game.
So sape yg layak?
dulu GV ameng spring pun lupa lirik..bleh g final..
Harap maap! Pembetulan yerrr.. bukan msalah utamanya LUPA LIRIK, apa yg dia hadapi tu disebabkan sistem monitor n earpiece yg dia pakai tak berfungsi dgn sebetulnya.. so, starting lagu dia tercari2 key utk masuk dimana waktu tu dia lgsung tak dgr sebarang muzik.. mgkin msalah teknikal di situ.. utk tahap penyanyi spt dia, mmg jarang skali dia buat ksilapan yg kecik dsb.. apatah lg ksilapan mcm smlam, dia mengaku itu pertama kali blaku, blum penah lg jadi ksilapan mcm tu..
Legend yg byk buat mistake..sy berani kata Zamani tak akan jd juara..ada 3 org peserta yg punya potensi..Maya, Dia dan Noryn. Amelina kdg2 ok kdg2 K.O…
Kadang2 kita terlupa, yang mengatur semua ini adalah Allah.. semua sudah di tetapkan.. jangan sekali2 pertikai rezeki Allah bagi seolah2 kita x percaya kepada ketentuan-Nya. Saya jugak peminat zamani dan saya sendiri pun cakap dia x akan pergi final sbb kesilapan lagu pertama. Saya juga rasa semua finalis dah all out jadi saya mmg rasa zamani x ke final. Tapi rezeki Allah beri x pernah salah alamat. Dia masuk final bukan x ade usaha dia buat. Dia usaha buat yang terbaik, tebus kat lagu ke dua dengan berkat doa org ramai jugak dengan izin Allah. Akhir kalam. Assalammualaikum wbt . #hatersgonnahate
Zamani mmg legend. Thsnk you. Next!!
zamani time lagu pertama bukan setakat lupa lirik.masuk key salah waktu dia nyanyi.lama jd sumbang.masa dah dekat chorus je baru bleh betulkan key asal balik.kesian dia taktau knp pas satu2 big mistake yg berlaku.tp nk buat camne rezeki dia ke final.kalau ikutkan in real competition there’s no such thing.kalu masalah teknikal apepun kalau takleh deliver dgn baik memang outla