fbpx

Ada Dua Isteri, Wanita Dedah Amar Asyraf Mahu Kahwin Lagi?

Tidak pernah terpalit kontroversi panas, nampaknya nama Amar Asyraf menjadi bualan ramai apabila seorang wanita mendedahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon itu sejak September tahun lalu.

Seperti diketahui umum, Ammar sudah pun mendirikan rumah tangga dan baru menimang cahaya mata kedua pada Jun lalu.

BACA: Amar Asyraf: Isteri Cakap Saya Tak Kelakar

Bagaimanapun, menurut wanita itu dia tahu mengenai status Amar yang merupakan suami orang dan cuba untuk mengelak, namun mendakwa Amar seorang yang pandai memikat dan akhirnya jatuh hati.

Dakwa wanita itu lagi, hubungan mereka semakin serius dan Amar pernah bertemu dengan keluarganya bagi mendapatkan restu untuk mereka bernikah.

Ujarnya lagi, semakin dekat hari pernikahan, pelbagai ujian datang dan gadis itu mendakwa dia baru mengetahui Amar mempunyai seorang lagi isteri serta seorang anak dari perkahwinan kedua.

Dakwanya lagi, Amar dikatakan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa sejak bayi tersebut dilahirkan.

Kata wanita itu lagi, dia akan mendedahkan satu persatu supaya tiada pihak beranggapan dia hanya mereka cerita. Ujarnya lagi, meskipun pendedahnnya itu mengaibkan dirinya tetapi dia tidak mahu ada wanita lain menjadi mangsa sepertinya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan wanita itu. Tidak kurang juga ada seorang netizen meluahkan rasa lega apabila ada pihak yang berani membuka cerita mengenai pelakon tersebut.

Apa pun kami tidak dapat pastikan kesahihan pendedahan daripada wanita ini. Diharap Amar sendiri dapat tampil bagi menjelaskan perkara tersebut sekaligus menghentikan spekulasi liar netizen.