Tidak mahu membawakan watak yang sama di dalam penglibatannya di dalam dunia lakonan, Amar Asyraf mencabar dirinya dengan mengambil watak lucu walaupun mengakui dirinya bukanlah seorang yang kelakar.

BACA: Amar Asyraf & Arna Salleh Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz


“Isteri saya sendiri kata saya tak kelakar. Saya sendiri pun tahu benda tu. Sebenarnya susah untuk buat orang gelak tapi senang je nak buat orang nangis. Tapi semua ni saya terima sebagai cabaran dalam karier saya. Saya nak buktikan pada orang yang cakap saya tak boleh buat tu salah”

“Saya pelakon yang boleh menjadi apa saja mengikut kehendak skrip dan tak hanya terikat dengan satu watak klise. Cabaran untuk bawa komedi ringan dalam ‘Raya Ni Dah Kahwin’ jadi makin senang apabila saya dapat tunjuk ajar dari otai-otai dalam bidang ni macam Shamsul Ghau-Ghau, Kazar Saisi, Khatijah Tan dan pelakon lain”

“Bukan senang sebenarnya untuk dapat peluang menimba ilmu dari pelakon senior ni. Mereka pun tak lokek bagi tips untuk buat sesuatu benda tu jadi kelakar. Saya banyak belajar dari mereka yang berpengalaman ni,” kata Amar kepada Tonton Extra.


Menurut Amar, tahun ini merupaka tahun keduanya bergelar bapa malah dia mengakui cukup teruja untuk menyambut raya kali ini sebagai keluarga yang sempurna selain turut memberitahu sudah membelikan baju raya anaknya, Taufiq, sebelum bermula puasa lagi. (rtky/s)