fbpx

Ada 7 Album, Saiful Apek & Yassin Tangkis Dakwaan Tak Relevan Masuk GV8

Membuat kejutan apabila muncul sebagai peserta program realiti Gegar Vaganza musim ke-8, pelawak Saiful Apek menangkis dakwaan netizen mempertikaikan mereka tidak sesuai untuk menyertai pertandingan terebut.

Menurut Apek, pihak produksilah yang mahukan dia dan Yassin ada dipentas GV8, serta ianya membabitkan keputusan dua hala.

BACA: Aliff Aziz, Adibah Noor, Fazley Yaakob Antara 13 Bintang Gegar Vaganza 8

“Layak atau tidak, soalan itu berbalik kepada produksi. Sebenarnya saya tanya juga apa relevannya kami. Tapi mungkin mereka dah buat research tentang kami, officially saya dan Yassin kira sudah termaktub dalam kumpulan Senario dan kami ada tujuh album dan 70 lagu.”

“Lagipun ada beberapa yang masuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL), kita pun dari segi jualan album sudah pernah mencecah platinium semua,” katanya.

Dalam pada itu, Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Muhammad Yusoff berkata pihak produksi yang meyakinkan mereka untuk sama-sama berentap dalam GV8.

“Mereka berjaya yakinkan kami relevan kat dalam pertandingan itu untuk bersaing. Kami bukan membawa label pelawak semata-mata, macam generasi sekarang yes mereka pelawak, tiada album, tiada konsert, tiada lagu masuk pertandingan sebagainya,” katanya.

Kata Apek lagi, dia dan Yassin bukan hanya menyanyi sahaja tetapi ada tugasan perlu dilakukan setiap minggu serta tidak mahu dibayangi Senario semata-mata.

“Kita bukanlah nak menyanyi komedi saja dalam tu. Kita bersaing setiap minggu untuk tugasan, ada tema, itu cabaran.”

“Paling saya pasti, kami rasa lebih ‘secure’ apabila ada yang akan guide kami macam Tokram dan Cikgu Siti Hajar. InsyaAllah kita rasa kerja akan dijaga rapi. Kita pun tak nak buat kerja selekeh comot,” katanya.