fbpx

Achey Sedih Konflik Ali Puteh, Balu Abam Semakin Serius

Semalam hangat diperkatakan mengenai kemelut keluarga Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah masih berpanjangan sehingga konflik tersebut dibawa ke mahkamah.

Akui sedih melihat kemelut antara kedua keluarga itu, Achey berkata dia tidak memihak mana-mana pihak namun berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

BACA: Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil RM10,000 Dari Akaun Arwah Abam

“Saya cakap secara umum dan tidak memihak kepada mana-mana pihak pun. Sedih itu memang sedih sebab sepatutnya isu tersebut boleh selesai dengan cara-cara yang lebih baik.

“Tiada siapa la saya dan Fad untuk campur urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu. Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap.

“Walaupun bermasam muka tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan secara berdamai supaya tak berikan kesan kepada orang lain,” katanya kepada mStar Online.

Kata Achey lagi, dia berharap kemelut tersebut akan berakhir dengan baik kerana bimbang akan beri kesan kepada anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah yang kini berusia setahun.

“Apa yang berlaku ini boleh dijadikan iktibar kepada orang lain dan juga saya sendiri. Tidak mustahil perkara itu boleh terjadi pada diri kita sendiri.

“Kalau terjadi pada saya mungking boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan. Sebab anak itu akan membesar. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik,” katanya.

Difahamkan, kes sudah pun berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rabu lalu. Menurut Ali dia membuat keputusan untuk menyaman Hidayah susulan kakak iparnya yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.