fbpx

Achey Miliki 28 Buah Motosikal Gara-Gara Orang Cagar Pinjam Duit

Mengakui mempunyai banyak koleksi motosikal pelbagai jenis, pelawak Achey Bocey berkongsikan dia kini sudah memilii sebanyak 28 buah motosikal dalam simpanannya meskipun sebahagiannya sudah dijual.

Achey memberitahu kebanyakkan motosikal yang dimilikinya itu merupakan barang cagaran individu yang membuat pinjaman wang daripadanya. Bagaimanapun, ramai yang tidak mengambil semula motosikal mereka.

BACA: Teringin Anak Sendiri, Achey & Isteri Nak Buat Rawatan IVF

“Punca motor saya jadi banyak sebab orang datang kepada saya kata ‘Achey nak pakai RM500, tapi aku tak ada benda nak ganti, aku ada motor’. Tengok-tengok motor yang nak dijadikan cagaran pun duduk belakang reban.

“Bila dah senang, kata nak ambil balik, tapi rata-ratanya tak ambil balik pun, pening juga saya. Kita tengok motosikal itu pun rare, jadi ambil dan baiki, itu yang jadi banyak,” katanya kepada Astro Gempak

Dalam pada itu, Achey berkata ada sebahagian daripada koleksi motosikalnya juga sudah dijual untuk dijadikan modal ketika membeli rumah. Ujarnya, disebabkan jumlah yang banyak dia terpaksa menyimpan motosikal tersebut di tempat berasingan.

“Di kampung simpan sikit, sana sikit, sini sikit. Banyak tempat. Contohnya motosikal jenama Modenas Kriss ada empat buah, SYM ada tiga buah. Satu jenis ada banyak yang sama,” katanya.

Kata Achey lagi, ada sebahagian koleksinya itu juga yang dibeli, namun dia bukanlah peminat motosikal berkuasa besar tetapi lebih kepada motosikal untuk sukan motocross.