Teringin Anak Sendiri, Achey & Isteri Nak Buat Rawatan IVF
Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pelawak Achey Bocey meluahkan hasrat untuk memilik anak sendiri dan mahu menjalani rawatan kesuburan melalui proses ujian persenyawaan In Vitro (IVF) bersama isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Merancang untuk melakukan rawatan tersebut sejak penghujung tahun lalu, namun perkara itu perlu ditangguhkan kerana tuntutan kerja. Namun, dia dan isteri berhasrat untuk menjalani rawatan itu tahun ini juga.
BACA: Achey Sedih Konflik Ali Puteh, Balu Abam Semakin Serius
“Awal bulan Disember tahun lalu, saya dan isteri memang ada rancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres.
“Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik Covid-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga ,” katanya kepada Gempak.
Kata Achey lagi, dia dan isteri memang mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah kini berusia dua tahun. Menurut Achey, dia tidak kisah jika diberi rezeki mengambil anak angkat lagi.
“Kalau ada dapat seorang anak angkat ‘sebat’ sahajalah dulu. Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok.
“Kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula. Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Tak yah ivf, senang je kahwin lagi satu, poligami kan lebih baik dan disuruh oleh agama. Bini mandul? Kahwin yg tak hahaha
Alhamdulillah semoga dipermudahkan..
harmin kolot ye kau ni. mesti muka stock pak cik2 ddk hulu kampung. sekarang dh moden pak cik, usaha la dlu. nama je islam tp cetek agama, usaha dlu, lps tu doa, lps tu baru tawakal. tak yah jd lelaki la kalau hati tu lembik, cepat putus asa.
Kesian harmin. Bukan perempuan sahaja boleh mandul, lelaki pun boleh mandul. Itulah makpak hntr sekolah tgi, kau ponteng. Kadang2 bukan soal mandul, tapi konsep qada dan qadar, salah satu cara Allah uji kesetiaan dgn psgn. Kau ni msti dasar lelaki ulat bulu, semua salah perempuan, mcm lelaki maksum.
kita doakan yang terbaik buat abang achey, semoga proses berjalan lancar
wey Harmin, ni kisah benar nak gtau ni..bekas abg ipar kahwin lain sbb kakak x pregnant… tapi madu kakak pun x pregnant… sbb nak anak jugak, kahwin yang ke-3, tapi ceraikan kakak…tapi sampai la ni x pregnant2 jgak bini 3..sdgkan bini ke-3 penah ada anak sblum ni… jgn nak ckp pompuan je mandul.. laki pun sama laa….
Wahai lelaki yang kuat onani, tak jaga diet pemakanan & merokok, korang kena tau perangai korang tu buat ramai lelaki sperma tak kuat dan cepat mati pucuk!
Pergi google kalau x percaya betapa ramainya lelaki mati pucuk.
Hahah lelaki pantang bab ni, tercabar ego lelaki.
Realitinya ramai tak pregnant bukan sbb perempuan mandul je tapi lelaki yg spermanya lemah. Lelaki kuat onani lagiiilahhhh..
Sila2lah stop kerja kotor tu. Bagi yg bujang sila sedar kesan onani utk jangka masa panjang. Kang dah kawen sebok salahkan bini mandul. Booo!
Korang tu muda lagi …cuba lah ivf …. Senang dpt … Yg mangkok ayun dok kata mandul tu , memang bodoh bangang ….
Tak dak anak …tak semestinya mandul .
Try ivf ..kalau ada rezeki , mcm akak ni ha ..3 dpt sekali .
Tanya dr Achey. Ada hormon isteri blh makan utk galak keluarkan susu walaupun tak mengandung. Isteri blh susukan anak sendiri nanti.