fbpx

Acha Septriasa — Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Indonesia 2012

Setelah tamat pengajian dalam bidang penyiaran di Malaysia hujung tahun lalu, Acha Septriasa rancak menyusun karier seni beliau di dunia hiburan Indonesia.

Hasilnya, malam tadi pelakon berusia 24 tahun ini di'umukan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia (FFI) 2012 yang berlangsung di Jogja, Indonesia.

Acha Septriasa mengalahkan empat orang pesaing hebat lain dalam kategori tersebut iaitu Atiqah Hasiholan, Annisa Hertami, Geraldine Sianturi dan Jajang C. Noer.

Beliau mempamerkan lakonan yang cemerlang dalam filem Test Pack You're My Ba

by untuk menggenggan anugerah ini dan berkata ia adalah saat terbaik dalam karier beliau.

“Hal yang paling saya dapatkan di karir saya. FFI selama ini nominasi aja. Piala ini ada di tangan aku bangga banget,” ujar Acha Septriasa kepada Kapan Lagi, semalam.

Test Pack You're My Baby merupakan filem ke-11 lakonan Acha Septriasa selepas tujuh tahun beliau terlibat dalam dunia filem.

zp8497586rq