Acha Septriasa Belum Dapat Hidayah Untuk Berhijab

Pelakon Indonesia, Acha Septriasa yang satu ketika dahulu pernah popoular melalui filem Heart, mengakui dirinya masih belum bersedia untuk berhijab meskipun dia sering membawa watak wanita bertudung dalam filem-filem lakonannya.

“Saya tahu hijab itu wajib bagi seorang wanita Muslim tetapi saya belum mendapat hidayah untuk berhijrah ke arah penampilan seperti itu,” katanya kepada portal Kapanlagi selain menyatakan bahawa dia berasa sangat tenang dalam menjiwai watak-watak yang dilakonkan.

Bermula daripada lakonannya yang berkesan di dalam filem-filem berbentuk ketuhanan itu membuatkan dirinya turut mempunyai peminat di kalangan wanita berhijab yang lebih berusia. Apa-apa pun, pastinya peminatnya di sini mahu pun Indonesia sentiasa mendoakan yang terbaik buat pelakon ini. (rtky/s)

SUMBER / GAMBAR IHSAN: Kapanlagi

×