fbpx

Ace Motion Pictures Lancarkan Poster Untuk Filem Azura 2012, Hodoh!

Kami rasakan bahasa kami sejak dua menjak ini semakin lantang dalam bersuara tentang dunia hiburan Malaysia.

Risau ada orang kata kami perasan bagus tetapi seseorang perlu bersuara tanpa terlalu mencium punggung sesiapa.

Beberapa jam lalu, Ace Motion Pictures mendedahkan poster pertama untuk filem romantik paling di'tunggu oleh peminat hiburan Malaysia — Azura 2012.

Menurut maklumat dalam poster pertama Azura 2012 ini, filem remake arahan Aziz M. Osman akan menemui penonton seluruh pawagam di Malaysia 2 Februari 2012 ini.

Kami sendiri sebenarnya mempunyai expectation yang agak tinggi untuk filem remake Azura versi tahun 1984 namun kami agak kecewa dengan kualiti poster filem baru ini.

Bukan kami harapkan kualiti poster bertaraf Hollywood namun jika produksi boleh membuat penggambaran di Eropah, apalah kiranya mengupah mereka yang professional untuk merekabentuk poster filem mereka.

Anda boleh saksikan dua keping poster yang di'keluarkan oleh Ace Motion Pictures untuk filem Azura 2012 selepas ini. Kedua dua'nya menggunakan satu foto yang sama.

zp8497586rq