Okay bahagian warganegeri bebas itu kami sengaja reka untuk jadi bahan ketawa anda, itu pun jika ia’nya kelakar. #LAMEASS

Beberapa hari lalu, pengacara dan ahli perniagaan berjaya Malaysia, Dato’ AC Mizal telah pun bergelar sebagai Duta Tahun Melawat Negeri Perak 2012.

Menurut biodata AC Mizal yang ada dalam simpanan kami, beliau merupakan anak kelahiran Muar, Johor tetapi beberapa laman blog politik menulis yang beliau lahir di Gopeng, Perak. Hmm.

Menurut kenyataan daripada Exco Pelancongan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman berkata Dato’ AC Mizal di’pilih kerana daya tarikan tersendiri termasuk kepetahannya berbicara selain mengacarakan banyak program hiburan popular seperti Akademi Fantasia dan Maharaja Lawak Mega baru baru ini.