fbpx

Abuya Bakal Ke Pawagam Minggu Ini, Krew Produksi Masih Belum Dibayar?

Selamat pagi Isnin kawan kawan. Berikan kami high five jika anda membaca kami dari tempat kerja hari ini. Kita senasib.

Bercakap tentang kerja, apa perasaan anda apabila penat lelah anda menjayakan sesuatu projek tidak di’balas dengan janji yang setimpal?

Itu yang terjadi kepada krew produksi filem Abuya yang bakal menjengah pawagam pada 10 November 2011 ini — tidak di’bayar seperti di’janjikan pihak produksi.

Menurut sumber yang bertemu kami semalam, penggambaran filem Abuya bermula ketika umat Islam sibuk berpuasa pada Ramadhan tahun lalu — 2010 dan tamat beberapa hari sebelum Aidilfitri.

Pihak produksi berjanji untuk membayar tenaga kerja filem ini selepas selesai penggambaran kerana sedar masing masing memerlukan wang untuk perbelanjaan menyambut Aidilfitri — namun hampa.

Sumber memberitahu yang beberapa orang krew produksi masih belum menerima apa apa bayaran sehingga ke hari ini — lebih setahun dan lebih RM5,000 setiap orang.

Kami kira bukan banyak mana pun untuk syarikat produksi ini membayar jumlah keseluruhan krew produksi kerana kami dengar produksi sama sudah menyiapkan beberapa buah filem lain. Bayar ya.