fbpx

Abby Takut Nangis? – Pergi Kenduri Makan Sudah

Pagi-pagi selak paper kalau tak terpandang artikel pasal artis memang tak sah. Surat khabar mainstream sekarang pun dah banyak cerita tentang artis.

Kalau dulu cuma di bahagian dalam akhbar tapi sekarang muka depan pun kena tapau dengan cerita artis. Nak tak nak kami pun baca lah.

Cerita kali ni tentang Abby yang dikatakan takut nangis kalau pergi majlis perkahwinan Norman dan Memey. Sapa-sapa yang berada di tempat dia mesti lah rasa sedih tengok bekas suami bersanding dengan orang lain.

Tapi bagi kami, kalau dah pergi kenduri kahwin orang tu makan la sampai kenyang, pedulikan saja pengantin atas pelamin. Janji perut kenyang, tak gitu?

Berikut ialah temubual antara Harian Metro dan Abby

“Saya masih tidak tahu sama ada saya perlu datang atau tidak ke majlis perkahwinan Norman dan Memey. Saya masih berbelah bagi untuk hadir kerana saya takut saya akan menangis dan merosakkan majlis mereka,” kata pelakon, Abby Abadi, 33, yang juga bekas isteri kepada pelakon, Norman Hakim, 35, (gambar).

Abby berkata, sehingga kini dia masih belum mahu memberikan sebarang kata putus sama ada mahu menghadiri majlis yang digelar ‘wedding of the year’ itu selepas memberitahu emosinya akan terganggu dan pasti menitiskan air mata sekiranya melihat persandingan bekas suaminya bersama Memey Suhaiza, 23.

“Saya sudah maafkan mereka, saya tidak mendendami mereka lagi dan tidak cemburu melihat kebahagiaan mereka. Tetapi sekiranya saya hadir ke majlis itu nanti, saya yakin saya akan titiskan air mata seterusnya merosakkan detik bahagia mereka,” katanya.

Norman dan Memey dijadualkan bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor iaitu rumah pengantin perempuan manakala majlis persandingan pada 28 September di sebuah hotel dengan tajaan sebanyak RM12 juta.

Menurut Abby, dia turut menyangkal satu laporan media kononnya dia menerima kad undangan daripada Norman dan Memey untuk hadir ke majlis resepsi pasangan itu.

“Saya tidak tahu menahu mengenai jemputan itu dan tidak menerima sebarang kad jemputan untuk hadir ke majlis perkahwinan terbabit,” katanya.