fbpx

Abby Abadi Menangis Baca Kisah Fattah & Fazura, Nasihat Jangan Cerai

Pelakon Abby Abadi menitipkan nasihat buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura berharap agar mereka dapat mempertahankan rumah tangga yang kini retak.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Abby mengatakan jika mereka berasa sakit ada yang lebih sakit dengan ujian yang dihadapi serta menyifatkan ujian dilalui pasangan itu sangat kecil.

BACA: “Sayang Fattah? Maaf, Tak Boleh Komen”

Sementara itu, Abby berkata dia tidak dapat fokus berniaga kerana menangis setiap kali membaca berita mengenai pasangan itu.

Malah, Abby turut meminta pasangan itu tidak cepat mengalah sebaliknya perbaiki apa yang kurang serta tidak berpisah.

“Akak nak berniaga ni dik. Dari pagi, sekejap-sekejap menangis baca cerita korang. Akak sedih sangat. Kita manusia tak sempurna. Jangan cepat sangat mengalah dengan keadaan…perbaikilah apa yang kurang..jangan berpisah,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen perkongsian Fattah, Abby meminta aktor itu memujuk segera isterinya serta memeluknya agar segalanya kembali pulih.

Terdahulu, Fazura berkata nekad mahu meneruskan perceraian dengan suaminya demi maruahnya sebagai wanita serta kesejahteraan hidup bersama anaknya, Nur Fatima.

Semalam, Fattah dilapor belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.