Pelakon Nur Fazura berkata dia mengharapkan yang terbaik mengenai kemelut rumah tangganya serta menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.
Memetik HibGlam, Fazura juga enggan mengulas lanjut sama ada wujud jalan perdamaian antara dia dan suaminya, Fattah Amin.
BACA: “Curang Bukan Punca” – Peguam Dedah Sebab Fazura Fail Cerai
Sementara itu, mengulas mengenai sama ada dia masih menyayangi suaminya, Fazura enggan mengulas mengenai soal hati.
“Sebagai seorang isteri dan ibu, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik dan serahkan kepada Allah. Saya tak boleh nak komen. Saya minta maaf,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura memberitahu keadaannya biak meskipun berdepan kemelut rumah tangga dan tiada siapa boleh jangka apa yang berlaku.
“Kalau tanya perasaan saya ketika ini, saya tenang sahaja, Alhamdulillah. Apa berlaku ini bukanlah perkara yang dijangka. Ini semua ketentuan Allah. Saya terima seadanya,” katanya.
SUMBER: HibGlam