fbpx

Abby Abadi Hairan Konsert BLACKPINK Tak Haram

Semalam kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink telah menggegarkan pentas Malaysia dalam satu konsert yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Difahamkan lebih 8,000 peminat hadir menyaksikannya.

Namun dikala ramai yang teruja melihat persembahan lincah mereka, Abby Abadi menerusi entri terbaru di Instagram mempersoalkan kehadiran kumpulan itu yang tidak dibantah membuat persembahan.

BACA: “Kalau Tak Nak Baby Atau Termengandung, Cari Abby Abadi”

Menurut Abby, penampilan kumpulan Kpop itu terlalu seksi dengan berskirt pendek. Dalam masa yang sama Abby meluahkan rasa hairan mengapa tiada pihak yang tampil membantah konsert mereka.

Selain itu, Abby juga turut membandingkan konsert penyanyi antarabangsa terkenal, Salena Gomez sebelum yang dibantah sekeras-kerasnya untuk datang ke Malaysia hingga membuat solat hajat di depan stadium.

Bagaimanapun kenyataan Abby itu menimbulkan rasa kurang senang peminat Kpop. Rata-rata mereka membangkitkan kisah silam Abby yang sebelum ini berpenampilan seksi seperti apa yang ditegurnya.

Bertelagah juga Abby dengan netizen di ruangan komen mengenai konsert Blackpink yang diadakan semalam. Dimaklumkan konsert mereka dijadualkan selama dua hari, jadi apa pula pendapat anda? (rtky/w)