Pelakon Abby Abadi meluahkan harapan agar anaknya iaitu Marissa Dania dapat diraikan dalam majlis persandingan serba indah satu hari nanti.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Abby turut mendoakan agar anaknya diberi rezeki merasa majlis perkahwin untuk dijadikan kenangan.
BACA: “Alhamdulillah Dah Berangkut Dah, Malulah Hidup Atas Duit Perempuan” – Abby
“Mama tengah berangan ni.. Berangankan free hihi.. Doakan untuk anak cantik Mama, Marissa Dania agar ada rezeki merasa majlis yang indah-indah… supaya jadi kenangan abadi untuk diri dia sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya,” tulisnya.
Sementara itu, Abby turut menitipkan doa agar segala urusan anaknya dipermudahkan dan kehidupannya dipelihara dari segala ujian.
“Ya Allah, semoga ada rezeki untuk anak ini Ya Allah Majlis yang serba indah, yang penuh ketenangan, serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan.
“Lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman,” tulisnya.