fbpx

“Tak Kisah Kerja Apa, Tolong Di Bazar Ramadan Pun Tiada Masalah”

Umum mengetahui, usahawan Datuk Red mendedahkan sudah 5 tahun dia tiada pekerjaan dan selama ini ditanggung oleh isteri keduanya, penyanyi Adira.

Memetik mStar Online, Datuk Red berkata dia terbuka menerima apa saja peluang pekerjaan sekaligus menyangkal dakwaan netizen dia terlalu memilih kerja selepas diisytiharkan muflis sejak tahun 2019.

BACA: Datuk Red Terpaksa Pinjam Adira RM100 Untuk Beli Juadah Buka Puasa

“Untuk buat masa sekarang dan melihat keadaan saya ketika ini…saya memang tak kisah kerja apa sekali pun. 

“Kalau ada orang suruh tolong di bazar Ramadan pun saya tiada masalah. Janji saya dapat tunaikan hasrat anak-anak saya untuk sambut hari raya nanti,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkata dia perlu berusaha untuk mencari wang demi memenuhi permintaan anak untuk membeli baju raya asalkan mereka gembira.

“Saya sanggup buat apa saja untuk penuhi permintaan anak saya. Biarlah mereka berbaju raya..saya sudah tua tiada masalah kalau tiada. Yang penting anak saya gembira. Saya bukan minta sedekah. Saya nak kerja sebab saya masih kuat lagi bekerja.

“Janji halal dan dapat cari rezeki untuk anak-anak…untuk selesaikan hutang nanti dulu. Bagi saya hidup dulu, saya takkan lagi ke mana pun,” katanya.

SUMBER: mStar Online