fbpx

Abang Tesla Dedah Terima Banyak Mesej Nak Jadi Isteri Ketiga

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kisah rumah tangga pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang berkahwin dua sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Memetik mStar Online, Abang Tesla mendedahkan dia menerima banyak mesej yang menawarkan diri untuk menjadi isteri ketiga.

BACA: “Lagi Cakap, Lagi Bangang” – Ustaz Syamsul Debat Tegur Abang Tesla

Namun, dia tidak melayan mesej-mesej berkenaan serta menganggap ianya sebagai gurauan atau perangkap yang mahu menjatuhkan dirinya.

“Itu semestinya ada (mesej untuk jadi isteri ketiga), tidak dinafikan. Tapi saya anggap ia sebagai gurauan dan perangkap.

“Seperti kita tahu, kalau benda senang datang ini (mesej tawar menjadi isteri) dia sama ada perangkap ataupun orang itu mahukan duit,” katanya.

Meskipun dikecam teruk sebelum ini susulan dia berkahwin dua, Abang Tesla berkata rezekinya dan juga keluarga semakin bertambah meskipun ada yang mahu melihat dia jatuh.

“Sebelum ini masa viral, orang nak saya jatuh, terduduk. Alhamdulillah sekarang rezeki saya semakin bertambah dan juga rezeki isteri bertambah. Apa yang netizen mahukan (jatuh) tidak terkena kepada saya,” katanya.