fbpx

Abang Siti Sarah Positif Covid-19, Tahap Oksigen Menurun

Ketika keluarga masih berduka di atas pemergian Allahyarham Siti Sarah, abang kepada penyanyi itu pula iaitu Ahmad Firdous Raisuddin pula sedang bertarung melawan Covid-19.

Menurut Shuib, abang iparnya dimasukkan ke Hospital Serdang kerana tahap oksigen semakin menurun namun keadaannya masih stabil.

BACA: “Aku Faham Perasaan Shuib, Tapi Belum Tentu Aku Boleh Hadap”

“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,” katanya.

Shuib berkata dia menjadi fobia dengan virus membawa maut itu serta menasihatinya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.

“Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut menasihati orang ramau suapaya lebih menjaga kesihataan dalam situasi sekarang dan alat oksimeter antara benda wajib perlu ada.

“Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.

“Kalau ada anggota keluarga dijangkiti Covid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang,” katanya.