Pelakon Didi Astillah tampil menjelaskan mengenai video prank yang dibuat sempena hari lahir ibunya yang menjadi bualan netizen.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Didi berkata dia menghormati setiap pandangan netizen berkenaan prank berkenaan.

BACA: “Jagalah Nama Baik YB” – Netizen Kecam Lihat ‘Prank’ Hari Jadi Keluarga Bella Astillah 

Tampil memohon maaf jika ada yang kurang senang, Didi berkata rakaman itu hanyalah untuk tontonan ahli keluarga dan rakan terdekat namun secara tidak sengaja dikongsikan di media sosial.

“Saya hormati dan faham semua orang ada pandangan masing2 dan pada yang tak tahu ini bukanlah benda baru atau first time Didi buat. 

“Mungkin pengikut Didi yang dah lama follow, mesti pernah nampak juga Didi buat macam ni. Ada juga Didi post tapi mungkin dulu kurang dapat perhatian, sebab tu tak dipersoalkan.

“Apa pun, sorry ya kalau ada pihak yang tak selesa dan kurang senang. Untuk pengetahuan korang kita dah book tempat tu tertutup (private room) dan ada team member yang terpost tanpa tanya and dorang pun dah say sorry,” tulisnya.

Dalam pada itu, Didi berkata bakal abang iparnya iaitu Syed Saddiq okay sahaja serta meminta orang ramai tidak memanjangkan isu berkenaan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“So guys, marilah kita move on. Dan jalani kehidupan kita. Jangan lah kaitkan family. Setiap family berbeza caranya. Abang saddiq okay je. Kan abang tenang ya guys,” katanya.

×