fbpx

“Abam Maafkan Semua Orang Yang Kutuk Dia Gemuk” – PU Rahmat

Pemergian Allahyarham Abam Bocey bukan sahaja dirasai oleh rakan artis dan peminat, malah pendakwah muda Pencetus Ummah (PU) Rahmat turut sedih di atas kehilangan insan hebat itu. PU Rahmat menyifatkan Abam seorang anak yang bertanggungjawab.

Menurut PU Rahmat, Abam seorang yang rajin ke program dakwah dan tidak berkira untuk terbabit dalam hal dakwah. PU Rahmat berkata, Abam pernah memberitahunya dia kuat bekerja kerana nak bantu ibunya dan mahu membawa ibunya menunaikan umrah.

BACA: “Betapa Sayangnya Abam Pada Ibunya, Kuat Cari Rezeki” – Ebit Lew

“Abam ringan diri pergi program dakwah. Aku ingat lagi bila kawan aku Ustaz Halim Hafiz jemput dia program warung halal.

“Dia usahakan juga datang walaupun bayaran tak tinggi. Aku ingat lagi bila AJK masjid tanya aku siapa pelawak yang aku boleh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam dan Shahrol Shiro. Ini dua pelawak yang tak berkira kalau buat program dakwah,”

“Abam pernah sebut , dia kuat kerja sebab nak bantu Mak dia . Dia bawak mak dia pergi Umrah dan bahagia kan orang sekeliling,” tulisnya.

Dalam pada itu, PU Rahmat menyifatkan Abam seorang yang pemaaf dan sabar meskipun sering dihina kerana keadaan fizikalnya. Ujarnya lagi, Abam tidak ambil hati meskipun sering dikutuk tetapi jangan sesekali mengutuk tentang anaknya.

“Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk. Dia tak amik hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya. Ingat lagi semasa orang kutuk dia mempunyai alat kemaluan yang kecil kononnya dia gemuk. Tapi dia tak marah Cuma dia marah bila orang kutuk Baby dia. Dia cakap. Kalau kutuk saya tak apa tapi jangan kutuk anak dia.

“Dia melawan body shaming dengan bergaya. Masa dia sebut gemuk is Osem . Ramai orang pertikai. Gemuk tak osem. Gemuk berpenyakit. Tapi korang tak paham. Bukan maksud dia untuk kekal gemuk. Tapi dia nak orang gemuk ada keyakinan diri. Selalu sangat orang gemuk di buli dan di hina.

“Kemudian sebelum dia meninggal. Dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkali-kilo. Sebab apa? Dia pesan juga pada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan. Yang pernah kutuk Abam. Elok lah kau minta maaf pada Keluarga Al Marhum . Elok lah kau bertaubat,” katanya.

Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira jam 7 pagi semalam selepas dua hari mengalami demam panas.