fbpx

Abam Bukti Individu Gemuk Boleh Berjaya

Gemuk is awesome – itulah ungkapan yang dilaungkan oleh Abam selaku pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014), sekaligus membuktikan bahawa insan comel sepertinya juga mampu meraih anugerah.

“Kemenangan saya malam semalam seperti tidak dijangka. Mana tidaknya saya bersaing dengan empat lagi nama besar dalam dunia komedia tanah air. Saya agak terkejut apabila nama saya diumumkan dan bersyukur kerana usaha saya selama ini dihargai para peminat”

“Saat nama saya diumum sebagai pemenang, rasa seperti saya menang kategori Anugerah Bintang Popular pula. Alhamdulillah terima kasih buat peminat setia Abam dan juga kumpulan Bocey terutamanya ahli keluarga saya yang sentiasa menyokong perjalanan karier sejak awal lagi,” ujar Abam dipetik daripada portal Astro Gempak.

Sementara itu dalam masa yang sama, Abam juga turut menjelaskan bahawa slogan ‘Gemuk Is Awesome’ tersebut keluar secara spontan malah cukup bersyukur kerana belum ada lagi orang yang berbadan besar diangkat dalam anugerah sedemikian. (rtky/s)