fbpx

Abam Bocey, Pilihan Hati Selamat Diijabkabul

Tahniah buat pelawak dan juga pelakon, Abam Bocey kerana telah sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, dengan sekali lafaz, kira-kira jam 5.35 minit petang tadi.

BACA: Abam (Bocey) Rancang Mahu Tunaikan Umrah

Dalam majlis pernikahan tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Sebelum itu, majlis pertunangan telah pun diadakan di kediaman pengantin perempuan pada jam 10 pagi tadi. Menurut laporan Astro Gempak, malam ini akan berlangsung majlis malam berinai di kediaman pengantin perempuan bertemakan Arabic Night.

Apa pun, semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal hingga ke Jannah. Peminat pun terlihat sungguh gembira dengan perkahwinan Abam selain mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan ini. (rtky/s)