fbpx

Abam (Bocey) Rancang Mahu Tunaikan Umrah

Bagi memenuhi permintaan ibu tersayang, pelakon dan pelawak, Abam Bocey memberitahu bahawa beliau dan keluarga merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada penghujung tahun ini. Sementara itu, beliau dan keluarga bakal berada di tanah suci Mekah bermula pada 5 hingga 16 Disember depan, mengikut pakej ditetapkan oleh syarikat penganjur.

BACA: “Saya Terima Gambar Lelaki Bogel, Panggil Saya Seksi”

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah, sekali gus menyempurnakan hasrat ibu saya sejak dulu lagi. Syukurlah kerana wang juga dirasakan sudah mencukupi manakala tubuh badan pula masih sihat untuk beribadat. Mengikut perancangan, saya sekeluarga bakal berangkat pada Disember nanti.

“Cuma, adik bongsu saja tidak turut serta kerana isterinya sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin waktu itu. Pihak penganjur umrah pula menyuarakan hasrat meminta kerjasama saya untuk menguar-uarkan perkara ini kepada umum. Lebih meriah sekiranya ada antara peminat yang terbuka hati untuk turut serta,” katanya kepada Berita Harian Online.

Dalam perkembangan kerjaya pula, Abam yang kini sedang sibuk kerana terlibat dengan program Super Spontan dan Kelab Komedi sepanjang bulan ini terpaksa memilih untuk mengosongkan jadual kerjanya bagi memberikan komitmen sepenuhnya terhadap semua program tersebut supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak kerana kepadatan jadual kerjanya. (rkty/w)