“Aaron Aziz Selalu Cakap Saya Boleh Pergi Jauh Sebagai Action Star”
Namanya semakin gah dalam filem aksi, pelakon Hairul Azreen menzahirkan ucapan terima kasih kepada pelakon Datuk Aaron Aziz kerana yakin dengan bakatnya dalam bidang seni.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Hairul turut berkongsi foto dengan aktor tersebut sambil mengimbas kata-kata Aaron yang menjadi penguat semangat untuknya dan kini dia sudah berjaya berlakon dalam beberapa filem aksi pecah panggung.
BACA: Cara Jaga Anak Dikritik, Hairul Azreen Tiada Masa Baca Komen Netizen
“Inilah caption yang selalu buat saya terus berjuang untuk berjaya sebagai pelakon. Thank you Datuk Aaron Aziz, dia seorang abang, kawan yang selalu cakap Hairul boleh pergi jauh sebagai action star, buat elok-elok, jaga disiplin, keep humble.
“Saya tak lupa bang. Insya-Allah. Abang saya nak bagi tau saya dah dapat berlakon filem action yang saya nak PASKAL, Wira dan Polis Evo 2, mulut abang masin, harap abang tengok hehe.
“By the way, thanks again sebab pernah yakin dan percaya dengan si kerdil ini untuk kejar impian, love you Malek,” tulis Hairul.
Diruangan komen, Aaron dilihat meninggalkan komen menyatakan dia juga amat bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Hairul. Aaron juga turut mendoakan kebahagiaan buat keluarga Hairul.
Malah, Aaron mengatakan senang bekerja dengan Hairul serta menyeru kepada penerbit di luar sana untuk melihat bakat Hairul sebagai bintang aksi kerana yakin bahawa dia boleh pergi jauh.
“Alhamdulillah Tabarakallah Hairul Azreen. Terima kasih atas kata-kata yang baik. Abang bangga tengok di mana anda berada sekarang. Abang doakan Hairul dan Hanis bahagia hingga ke Jannah, Amin.
“Penerbit di luar sana harus melihat bakat Hairul sebagai bintang aksi. Dia akan pergi jauh satu hari nanti, Insya-Allah. Jangan putus asa abang nasihatkan ya bro?” tulisnya.
ah..bukan sado dri angkat guni padi letak dibahu lepas tu berjalan seekar menuju ke lori padi yg sedang menunggu di jalan besar.
Mudanya abang aaron. Comel je dua dua..dahla sado.. Stay hensem Bang aaron dan si comel hairul azreen
Aksi mcm mana pun nama pun pelakon jd kena laa asah skill berlakon tu selain nk tnjk aksi! Hairul ni bkn dtg dari background org sukan bersilat ke, karate ke atau stuntman yg kemudian beralih jd hero kerana pengarah nmpk potensi dan bakat dia ke apa! Hairul ni asal berlakon drama cengeng cinta petang2 je pun. Si Fahrin yg bdn sado background main rugby dulu berlakon jd hero cengeng jek. Org tua bercinta dgn bdk2!
alah alah…aku tgk si hairul ni berlakon aksi adoiiiii…tepuk dahi..kelam kabut je…mcm bdk2 baru bljr karate sparring je…xde pun skill y memukau…cara tendang pun aku tak nmpk y btl2 wow..lembik je..ko kne byk tgk donny lee berlakon…tgk mat2 kung fu or mat2 martial art tu berlakon mcm mana..elok lg si tony jaa tu berlakon aksi dr si hairul poyo ni..suka tgk aksi tony jaa dlm ongbak…padu bak hang..klu kne lutut tu mau icu..ni setakat bdn je sado skill tak ado buek apo…nk melompat pun berat..tony jaa tu xde laa sado mana tp padu..
Oii sudah lar fahmi Zafuan, ishak khairi, remy shahrul,hariz azhan SEMUA ORG YG SAMA ASYIK HENSEM ,SADO ,MINAT, ISAp pelir jer yg ko tau.sudahlah harap ko cepat mmpos
Ketam mengajar anak berjln. Pakej sado means cannot act. Simple. Bincangkan.
lbh baik kau masuk kelas berlakon, mantapkan skill lakonan kau tu. harap badan sado tapi skill lakonan ke laut.