Nampaknya selepas ini lebih ramai peminat pelakon popular ini melekat di'hadapan radio masing masing untuk mendengar celoteh selebriti kesayangan.

Portal hiburan Murai petang ini melaporkan yang Aaron Aziz telah sah bakal bergelar penyampai radio dan ERA fm menjadi destinasi karier terbaru beliau itu.


Menurut laporan tersebut, berita baik untuk peminat Aaron Aziz ini telah di'sahkan sendiri oleh Pengurus Saluran ERA fm, Nazri Noran awal hari ini — anda gembira?

Aaron Aziz di'khabarkan akan mula menjalankan tugas pada 14 September 2012 bersama seorang lagi penyampai ERA fm, Shac untuk kendalikan program Doktor Cinta.

Dalam segmen berdurasi 2 jam bermula 9.00 malam ini, Aaron Aziz menjawab panggilan daripada peminat yang menghadapi masalah serius dalam bercinta.

zp8497586rq