Sebut sahaja nama anak pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rhana, ramai yang suka melihat gelagat comel kanak-kanak kecil itu. Malah, Aaisyah juga aktif menari dan menunjukkan bakat di aplikasi TikTok sebagai hiburan.
Baru-baru ini menerusi Instagram Aaisyah, ada berkongsikan sebuah video memaparkan kanak-kanak itu sedang menari lagu How You Like That nyanyian kumpulan Kpop terkenal, Blackpink sekaligus menjadi perhatian ramai.
BACA: Kaki Che Ta Terseliuh Selepas Pelakon Tambahan Terpijak Kain
https://www.instagram.com/p/CC1P7vUhD0x/?utm_source=ig_embed
Bagaimanapun, ada segelintir netizen kurang senang dengan perkara itu dan mengkritik Che Ta seolah-olah tidak pandai menjaga anak kerana membiarkan sahaja anak ‘terkinja-kinja’ di aplikasi sosial itu. Netizen turut menegur, ibu bapa perlu bijak dalam membesarkan anak-anak.
Kurang senang dengan teguran itu, Che Ta membalas komen tersebut dengan mengatakan dia tidak perlu mengajar anak perempuanya menggunakan TikTok sebaliknya ia dipelajari sendiri olehnya seiring dengan perkembangan semasa.
Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah yang kini berusia enam tahun. Che Ta juga turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy,24, dan Aniq Ezzra,22, hasil daripada perkahwinan pertamanya.