fbpx

Kaki Che Ta Terseliuh Selepas Pelakon Tambahan Terpijak Kain

Berdepan detik cemas, kaki kiri Rozita Che Wan terseliuh ketika menjalani penggambaran drama Dayang Senandung di sebuah hotel di Puchong, petang semalam. Dalam kejadian itu, Che Ta terjatuh selepas seorang pelakon tambahan terpijak kainnya.

BACA: Che Ta Tak Sanggup Dimekap Jadi Tua

“Betullah malang tidak berbau… Saya reda dengan ujian ini. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.

“Sampai berbalut lutut… Ini pengalaman pertama saya terjatuh di lokasi penggambaran,” katanya kepada BH Online.

Che Ta berkata sebaik terjatuh, pihak penerbit drama dengan pantas membawanya untuk mendapatkan rawatan di hospital berdekatan. Berikutan keadaan kakinya itu, Che Ta akui risau dengan penggambaran drama lain yang perlu dijayakannya.

“Selain Dayang Senandung, saya terbabit dengan drama Juliet dan Kebaya Kasut Kanvas. Huru-haralah jadual saya selepas ini. Doktor beri cuti seminggu untuk saya berehat,” katanya.

Namun, Che Ta berkata dia sedia berlakon seandainya pengarah membenarkan babak dijayakan dalam keadaan duduk.

“Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan produksi dan tidak selesa bertongkat di set,” katanya.