Che Ta & Zain Saidin Pilih Nama Aaisyah Dhia Rana Untuk Anak Mereka
Terjawab akhirnya teka teki apakah nama yang diberikan oleh pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin buat anak sulung mereka hari ini. Menerusi program HLIVE! sebentar tadi, Zain Saidin sendiri tampil mengumumkan secara eksklusif.
Pasangan itu telah sepakat untuk memilih nama Aaisyah Dhia Rana untuk puteri sulung mereka yang merupakan gabungan pilihan nama Zain Saidin dan Rozita Che Wan.
BACA: Rozita Che Wan Akui Bersolek Dan Bersiap Ketika Bersalin
Aaisyah merupakan nama ibu Zain Saidin selepas berhijrah masuk ke agama Islam dan Dhia Rana merupakan pilihan Rozita Che Wan yang membawa maksud sinar kecantikan.
Rozita Che Wan selamat melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin di Pusat Perubatan Ampang Puteri pada 1 November lalu. (rtky/m)
Alhamdullilah .. cantik nama. Semoga kehadiran Aaisyah membawa rahmat kepada seluruh keluarga : )
cantik nama anak.Okla Nama mcam ni-senang nak sebut.tk payah nama canggih mangih sangat. sampai berbelit lidah nak sebut
Lana…. Rana… lps ni nama glamer Merana/Kemana-mana/Dimana-mana atau best Penjana atau Menjana … Hahahah
Sedap name ank korg..semoge dengn kehadirn si kecil tu..hidup korg bahagie…dn dimurhkn rezeki…
Frankly speaking, aku tak berapa minat kat che ta ni. Tapi lepas baby aaisyah ni lahir kat dunia, sejuk je mata memandang. Aaisyah ni macam dapat mbuat org yg benci kat che ta jadi tak benci lagi. aku tak tau lah korang camne. But for me, kebencian aku thadap che ta dah bkurangan. Alhamdulillah , dapat jugak aku mengurangkan dosa yang tak kelihatan. Anyway che ta ,rest banyak banyak k. Jaga baby aaisyah baik baik. Insya Allah saya akan sentiasa doakan aaisyah dalam keadaan sihat. Amin .
jangan me-rana sudahlah
Salam.best nme 2..t lau bby sye lhir..bln 12 nie..nk ltak nur dhia rana..bleh x che ta..nk tiru sket dri nme bby che ta..
Tahniah… cik ta & zain, welcom Aaishah dhia rana .. baby comel.
Alhamdulillah indah dan cantik nama aaisyah dhia rana tu……..comel sangat baby semoga sihat selalu ok
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaishah dhia rana
Cantik nya ank rozita che wan
Sedap nama anak..maksud pon baguih.. moga jd anak solehah penyejuk mata penawar hati.. apapon..comey gila anak che ta… suka..maha suci Allah.. indah ciptaanMu ini.. aaisyah dhia rana
Ok memang sedap nama.. maha suci Allah..hebat ciptaanMu