fbpx

Aafiyah Buat Kek Sempena Anniversary Ke-14 Siti Nurhaliza & Datuk K

Menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-14 tahun hari ini, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menerima hadiah istimewa daripada anak kesayangan mereka.

Menerusi Instagram, Siti berkongsikan anak perempuannya, Siti Aafiyah membuat kek sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya. Siti berkongsikan video Aafiyah dibantu oleh pengasuhnya menghias kek itu sendiri.

BACA: Siti Nurhaliza Teruskan Usaha Untuk Dapatkan Anak Kedua

Meluahkan rasa syukur sepanjang 14 tahun yang indah, Siti berkata Aafiyah merupakan anugerah sangat bernilai buat dirinya dan suami serta mendoakan rumah tangganya kekal hingga ke syurga.

“Alhamdullillah.. Syukur. Terima kasih anakku sayang buatkan kek anniversary ayah dan ibu. Aafiyah penyeri dan anugerah sangat bernilai bagi kami. Alhamdullillah 14 tahun yang indah. Semoga sampai ke Jannah. Aamiin ya rabb…” katanya.

Video tersebut turut memaparkan keletah Aafiyah dari mula menyiapkan kek tersebut dan diberikan kepada ibu bapanya.

Diruangan komen rata-rata netizen terhibur melihat celoteh Aafiyah yang sangat bijak dan petah bercakap. Malah, ramai tidak melepaskan untuk mengucapkan tahniah buat Siti dan Datuk K yang menyambut ulang tahun perkahwinan.

Siti dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006 dan menimang cahaya mata pertama selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.