fbpx

7 Lelaki Datang Pikat A Aida Sejak Buka Tudung

Sejak penampilan tidak bertudung di Anugerah Juara Lagu Ke 34 (AJL 34) baru-baru ini, A Aida mendedahkan tujuh lelaki datang mahu memikatnya selepas membuka tudung namun beliau terpaksa menolaknya. Kata Aida jika mahu memikatnya, lelaki itu haruslah berbadan sasa!

BACA: “Kalau Bertudung Susah Nak Berfesyen”

“Selepas AJL hari tu ada tujuh orang yang datang mahu memikat tetapi saya tolak. Jika mahu berdampingan dengan saya, perlu ada six pack dan sado. Kalau boroi pergi jauh-jauh”

“Saya belum bertemu pengganti. Kalau boleh saya mahukan lelaki yang sasa. Sekarang saya gembira dengan status solo. Tetapi tidak tahulah jika satu hari nanti Tuhan buka pintu hati saya”

Menceritakan keputusan yang diambil, Aida gembira dengan penampilan barunya itu biarpun dikecam orang ramai. Jelasnya ramai memuji raut wajahnya yang cantik hingga disamakan dengan penyanyi Hollywood, J-Lo.

“Semua memuji penampilan saya. Setiap pagi saya mengamalkan kolagen, sarang burung, plasenta dan pelbagai lagi. Ramai mengatakan wajah saya seiras Kilafairy dan Tasha Shila, malah seperti J-Lo,” jelasnya. (rtky/w)