A. Aida Tak Layan Suami Orang, Tak Nak Sakitkan Hati Wanita Lain

Penerbit terkenal, Datuk A Aida mengakui ramai lelaki berstatus suami orang cuba mendekatinya namun dia tetap dengan prinsip tidak akan melayan golongan berkenaan.

Memetik Oh Bulan, Aida berkata dia tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu menyakiti hati wanita lain dan membayangkan jika dia berada dalam situasi berkenaan.

BACA: “Kesalahan Saya Dengan A Aida Disebabkan Dadah, Buatkan Lupa Tanggungjawab”

“Dari dulu prinsip saya memang tak akan layan kalau lelaki tu suami orang. Sebab kita tak nak menyakitkan hati kaum sejenis kita. Cuba bayangkan kalau satu hari nanti pasangan kita pula orang lain ambil. Apa rasa?” katanya.

Sementara itu, Aida berkata jika ada suami orang menghantar mesej kepadanya dia memilih untuk tidak melayan mahupun membalas meskipun ada yang tidak berhenti mencuba.

“Saya bukan jenis yang akan pergi serang atau libatkan orang lain cuma saya memilih untuk tidak melayan. Kalau ada WhatsApp atau apa-apa, saya tak layan, tak balas. Saya nak dia faham sendiri. Ada yang mencuba sampai setahun tak berhenti-henti,” katanya.

Dalam pada itu, Aida turut mengingatkan jujur pada pasangan adalah penting dalam perhubungan dan sembunyikan sesuatu hanya memburukkan lagi keadaan.

“Kalau kita dah ada pasangan tapi katakan ditakdirkan tiba-tiba jumpa orang lain dan kita suka orang lain, kena jujur dengan pasangan.

“Kalau dia boleh terima, alhamdulillah. Kalau dia tak boleh terima, cari jalan penyelesaian. Tak payah main sorok-sorok sebab kalau kita sorok dan main di belakang, kesannya lagi teruk kepada orang yang terkena. Bagi saya kejujuran dan komunikasi adalah penting dalam perhubungan,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

×