fbpx

A.Aida Puji Lakonan Ismail Izzani, Tak Kisah Netizen Gelar Nobita

Umum mengetahui, sekarang sedang hangat diperkatakan mengenai drama Bukan Hanya Sekadar Cinta yang dilakonkan oleh Ismail Izzani bergandingan dengan, Sofia Dendroff. 

Bagaimanapun, ada yang mengkritik pemilihan Ismail sebagai hero drama yang dianggap tidak sesuai sehingga ada yang menyamakannya seperti watak Nobita dalam siri animasi popular Jepun, Doremon.

BACA: A. Aida & Idris Khan Setuju Selesai Luar Mahkamah, Amelia Henderson Terus Lawan

Memetik mStar Online, penerbit drama tersebut iaitu Datuk A. Aida berkata perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu serta menganggap Ismail seorang pelakon berbakat.

“Kalau netizen nak cakap dia macam Nobita, terserahlah tapi dia adalah Nobita kesayangan saya sebab lakonannya memang tidak perlu dipertikaikan.

“Mail (panggilan Ismail) seorang pelakon yang bagus. Nobita pun Nobita lah. Tapi dia Nobita yang comel. Paling penting lakonannya memang perfect,” katanya.

Sementara itu, Aida turut mempersoalkan netizen sebelum ini dia pernah dikecam teruk apabila pernah mengeluarkan kenyataan mahu mencari pelakon cantik dan kacak.

Kata Aida lagi, pemilihan Ismail kerana dia berbakat dan tidak teragak-agak untuk memberikan tawaran berlakon lagi kepada penyanyi itu.

“Dah dulu semua orang cakap saya ni memilih rupa, sekarang ni ternyatalah A. Aida tidak memilih rupa. Betul tak? Maknanya netizenlah yang pilih rupa. Bagi saya, saya mementingkan bakat juga. Lakonan Mail memang sampai. Dia seorang pelakon yang natural.

“Saya memang puji sikap dan lakonan Mail dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambilnya berlakon semula,” katanya.