A Aida Ditidurkan Di ICU, Rebah Selepas Fisioterapi

Pendakwah terkenal, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, memohon orang ramai mendoakan kesihatan penerbit drama popular, Datuk A Aida yang kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pagi tadi.

Memetik mStar Online, Mohd Izhar berkata Aida dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi. Menurutnya, Aida menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu.

BACA: “Sedih Baca Kisah Dharma” – A Aida Beri Tawaran Berlakon Pada Dharma Harun

“Dua hari lepas A Aida ada menjalani pembedahan kedua-dua lututnya. Semalam dia okay saja. Sihat tak ada masalah. Namun pagi tadi ketika rawatan fisioterapi tiba-tiba dia rebah dan muntah.

“Bila dia muntah, dia macam nak jatuh dan kakitangan hospital membawanya ke katil tapi tiba-tiba tekanan darahnya menurun. Sementara tunggu doktor sampai dia dah tak sedarkan diri,” katanya. 

Sementara itu, Izhar berkata Aida masih dalam pemanauan doktor dan belum dapat dikenali pasti masalah kesihatan yang dialaminya.

“Aida sekarang berada dalam pemantauan doktor. Itu saja yang saya boleh cakap. Nak kata stabil atau tidak hanya doktor yang tahu. Sekarang dia masih tidak sedar kerana terpaksa ditidurkan.

“Doktor juga belum tahu punca sebenar masalah kesihatan yang dialami aidan dan tidak booleh buat apa-apa prosedur kerana dia kena ditidurkan kerana keadaannya tidak stabil,” katanya.

Sumber: mStar Online

×