fbpx

A Aida Ditawar RM20 Juta Untuk Jadi Isteri Kedua

Meskipun usianya kini mencecah 50 tahun, namun penerbit terkenal, Datuk A Aida masih lagi tampil cantik dan muda. Malah, sebelum ini A Aida meluahkan rasa syukur kerana masih mempunyai ramai peminat.

Terbaru, A Aida mendedahkan dia dilamar oleh seorang lelaki yang sanggup memberinya RM20 juta jika sanggup menjadi isteri kedua. Bagaimanapun, Aida menolak kerana enggan berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

BACA: Terima 30 Jambak Bunga, A Aida Bersyukur Masih Jadi Rebutan

“Memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang. Malah, ada individu yang ingin melamar dan akan melakukan transaksi wang sebanyak RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia.

“Bagaimanapun, dia bukanlah orang bujang sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin dan dia mahu menjadikan saya sebagai isteri keduanya. Saya terpaksa menolak lamarannya itu kerana tidak rela bermadu selain saya juga mempunyai kewangan kukuh,” katanya.

Kata Aida, lelaki tersebut melamarnya kira-kira tiga bulan lalu dan sanggup jumlah wang itu jika masih belum mencukupi. Namun, Aida menolak kerana bukan lelaki kaya raya yang dicari sebagai calon suami.

“Saya lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, tapi dalam pada berkawan saya menjadi semakin terbiasa menjalani rutin kehidupan sekarang.

“Pergi pejabat, balik rumah tulis skrip dan berehat tenangkan fikiran mencari ilham di beranda. Namun, jika sudah sampai jodoh saya terima. Saya tak cari lelaki kaya, cukuplah jika dia boleh membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya.

A Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18.

Aida mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013. Mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Rahul, 11.  Aida kemudian melangsungkan pernikahan dengan pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai 2018, namun bercerai 10 bulan kemudian.