fbpx

A Aida Dah Jumpa Abang Sado & Six Pack

Sebelum ini penerbit popular, Datuk A Aida mendedahkan tujuh lelaki datang mahu memikatnya selepas membuka tudung namun terpaksa menolaknya. Ujarnya, jika mahu memikatnya, lelaki itu haruslah berbadan sasa dan memiliki six pack.

Baru-baru ini, kemunculan A Aida bersama seorang jejaka sado di Konsert Romantikan Datuk Awie menimbulkan persoalan banyak pihak. Malah, ramai yang tertanya-tanya adakah itu pasangan baru Aida selepas dia menolak 7 lelaki sebelum ini.

BACA: 7 Lelaki Datang Pikat A Aida Sejak Buka Tudung

Terbuka berkongsikan perkara itu, Aida mengakui dia sedang berkawan dengan lelaki itu namun perkenalan mereka masih di peringkat awal dan dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

“Saya sudah agak soalan ini akan timbul. Saya jenis yang selesa bercakap benar. Ya, saya dengan dia sedang berkawan. Tapi, perhubungan masih peringkat awal iaitu saling berkenalan.

“Saya tidak mahu terburu-buru dalam soal mencari pasangan. Saya mahu relak dulu. Lagi pula, apa yang menjadi keutamaan sekarang tetap pada perniagaan dan anak-anak.

“Kalau ada jodoh, adalah. Tapi, itu bukan fokus saya sekarang. Pada usia sekarang, banyak perkara lain perlu diberi perhatian,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Aida berkata dia tidak kisah mengenai usia lelaki tersebut yang jauh lebih muda daripadanya dan ianya tidak menjadi penghalang kerana dia selesa berkawan dengan jejaka itu.

“Dari dulu lagi saya okay saja dengan sesiapa. Macam sekarang ini pun, dia jauh lebih muda daripada saya. Tapi, saya selesa berkawan dengannya. Saya tidak fikir usia itu halangan. Cuma, saya kena lebih berhati-hati dalam perkara ini,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya adakah jejaka sado itu merupakan jurulatih peribadi di pusat gimnasium tempatnya bermain gim, Aida bertindak mengunci mulut.