Seringkali wajah Yusuf Iskandar menjadi penyeri di laman sosial Instagram mahupun di Facebook. Ada yang sangat menyenangi kehadiran cahaya mata Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini dan ada juga yang sebaliknya.
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
Baru baru ini Hairul Azreen telah berkongsi satu video beserta caption yang menyentuh perasaan melalui akaun Instagram anaknya itu. Malah ada di antara ribuan komen yang hadir di situ berkongsi perasaan yang sama seperti apa yang diluahkan oleh Hairul.
“Ada di antara mereka stress dengan urusan harian tetapi happy selepas tengok telatah kamu, ada di antara mereka belum kahwin tetapi berniat mendirikan rumah tangga selepas tengok kecomelan kamu. Ada juga yang belum ada rezeki mempunyai cahaya mata tetapi mendapat semangat dan terus berusaha selepas tengok kecerdikkan kamu”
“Ya Allah kurniakanlah kepada penyokong keluarga kecil saya ini cahaya mata bagi mereka yangg belum ada rezeki dan bahagiakan mereka dunia akhirat,” antara luahan hati Hairul di Instagram.
Selain menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan cahaya mata yang memberi inspirasi buat orang ramai di luar sana, pelakon lelaki ini juga turut berharap agar Yusuf akan menjadi insan yang berakhlak mulia dewasa nanti. Semoga doa kalian semua dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki. (rtky/s)