Mengakui belum hilang dari dunia hiburan Malaysia, Misha Omar mengakui yang lagu terbaru beliau berjudul Angin Syurga kurang mendapat sambutan dari peminat. – GUA
Mungkin sudah lupa anak’nya pernah di’pukul oleh lelaki yang sama, ayah Rihanna berkata beliau mahu melihat Chris Brown mengahwini anaknya satu hari nanti. – The Sun
Pasangan yang sering mengacah media & juga peminat tentang perkahwinan, Justin Timberlake dan Jessica Biel merancang untuk berkahwin dengan tema Itali. – Celebuzz
Satu dunia sedang bercakap tentang Brad Pitt (gambar) yang menjadi duta lelaki Chanel No.5 & khabarnya beliau menerima lebih US$7 juta untuk kempen ini. Wow. – Mashable
Pengarah drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Michael Ang meminta semua pihak supaya tidak membesarkan babak cium antara Randy Pangalila & Elfira Loy. – Sinar Harian
VIDEO HARI INI: Kerana Gangnam Style, barat makin berminat dengan dunia hiburan pop Korea & video dokumentari pendek terbitan ABC News mengupas kisah ‘kilang’ bintang k-pop.