Selepas melihat rakan rakan artis berjaya di’luar negara, Mizz Nina (gambar) merancang untuk melakukan jelajah Amerika Syarikat untuk promosi album bermula Januari 2012. Go Mizz Nina! – mStar Online
Kim Kardashian dan ahli keluarga’nya menjana jutaan dollar Amerika dengan menjual barangan jenama sendiri yang kini di’dakwa di’hasilkan dengan tenaga kerja hamba & kanak kanak. Hmm. – Celebitchy
Pasangan kekasih yang semakin misteri, Justin Timberlake & Jessica Biel di’khabarkan sudah mengikat tali pertunangan ketika bercuti di’sebuah bandar kecil baru baru ini. Si gadis baru baru ini mencetuskan tanda tanya apabila muncul dalam beberapa majlis seorang diri. – Splash News
Anda ingin tahu bagaimana rupa’nya kalau irama K-pop Girl’s Generation (SNSD) di’gabungkan dengan lirik berunsur nasihat & nasyid. Kami persembahkan SNSG dengan Pinter Ngaji. – Blog Serius
J.J. Abrams yang sedang sibuk dengan promosi Mission Impossible 4: Ghost Protocol mengesahkan yang Star Trek 2 tidak akan menjalani penggambaran menggunakan kamera 3D tetapi versi biasa filem ini (2D) akan di’tukar ke format 3D secara digital. Alaa. – Spinoff