Pempengaruh media sosial dan usahawan Noor Nabila berkongsikan mengenai persiapan hari bahagianya di Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, Nabila dilihat berkunjung ke satu lokasi perkahwinan Serai Hall yang terletak di KLGCC Mall.
BACA: Noor Nabila, Kekasih Terbang Ke Paris Demi Wangian Hari Bahagia
Dapat dilihat Nabila sedang meninjau lokasi tersebut serta berbincang mengenai susun atur untuk majlis berkenaan.
Diruangan komen, rata-rata rakan artis serta netizen tidak sabar menantikan hari bahagia usahawan itu bersama kekasih hatinya.
Terdahulu, Nabila mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Ameer Aiman pada penghujung tahun ini.