Pelakon Bella Astillah berkata dia dan suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq belum berpeluang untuk berbulan madu meskipun sudah sebulan berkahwin.
Memetik Astro Gempak, Bella berkata dia dan suami mempunyai komitmen masing-masing serta ada perkara lebih penting untuk diuruskan dan sedang menyesuaikan diri di rumah baru.
“Belum. Sebenarnya, perkara itu hanya akan dilakukan selepas YB selesai bersidang di Parlimen. Namun, saya tidaklah mendesak beliau. Saya faham dan saya juga sibuk sekarang.
“Maklumlah, kami sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan di rumah baharu. Ada banyak perkara lain yang jauh lebih penting dan sedang saya berikan perhatian. Bulan madu ini hanyalah satu bonus,” katanya.
Sementara itu, Bella kata rumah tangga yang dibina baru berusia sebulan dan banyak perkara yang perlu dipelajari sepanjang menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
“Saya rasa ada beberapa perkara yang lebih selesa untuk saya simpan sendiri. Namun, sebenarnya lebih kepada kami yang masih dalam proses saling mengenali dan mempelajari kehidupan masing-masing.
“Sebelum ini, kami menjalani kehidupan secara berasingan. Sudah tentu, dari segi kerjaya juga, kami mempunyai bidang pekerjaan yang berbeza dan sedang berusaha untuk saling memahami,” katanya.
Sumber: Astro Gempak