11 Tahun Berjuang, Eizlan Yusof Berjaya Genggan Sarjana Sains Pengurusan

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof  meluahkan rasa syukur berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains Pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM) selepas 11 tahun berjuang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Eizlan berkata cabaran yang dilaluinya untuk menamatkan pengajian mengajarnya erti kesabaran.

BACA: Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming, Tua & Gemuk Layak Lakon Filem Aksi

“Simpan sini buat kenangan. Satu perjalanan yang sangat panjang mulanya 2015 dan berakhir 2026, pelbagai dugaan dan cabaran yang mengajar aku erti kesabaran Syukur ya ALLAH atas keizinanMU buat segala usaha hambamu yang lemah ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Eizlan menzahirkan penghargaan buat tenaga pengajaa yang memberikan bimbingan dan dorongan kepadanya.

Eizlan turut menitipkan ucapan terima kasih buat ahli keluarga termasuk anak-anak dan isterinya atas sokongan yang menjadi pembakar semangat buatnya.

×