Isteri kepada pelawak Achey iaitu Anne berkongsikan momen anak mereka, Tiara Zinnirah yang teruja menantikan kehadiran adiknya.

Menerusi perkongsian di Threads, Anne berkata setiap hari Tiada akan menegur adik di dalam kandungan sambil berselawat.

BACA: “Akhirnya Allah Izinkan – 15 Tahun Menanti, Isteri Achey Bakal Timang Cahaya Mata

View on Threads

“Anak mama, Tiara Zinnirah. Rasanya kamulah orang yang paling teruja menantikan kehadiran adik. Hari-hari Tiara tegur adik dalam perut mama, tak lupa berselawat dan mendoakan adik,” tulisnya.

Sementara itu, Anne berkata dia tersentuh melihat besar kasih sayang Tiara pada adiknya yang belum lahir lagi serta mendoakan kasih sayang antara adik beradik itu sentiasa berkekalan.

“Kadang-kadang mama hanya mampu tersenyum melihat gelagat Tiara. Betapa besarnya kasih sayang seorang kakak, walaupun adik masih belum lahir ke dunia. Sayang, Semoga hubungan kalian sentiasa erat, saling menyayangi dan menjadi peneman antara satu sama lain,” tulisnya.

Semalam, Anne berkongsikan khabar gembira bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun menanti. 

×