Ibu kepada pelakon Syida Melvin iaitu Robiah Rahman mempertahankan tindakan anaknya melakukan sesi siaran langsung mendesak bekas suaminya keluar dari kediaman mereka baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads, Robiah turut menzahirkan terima kasih buat mereka yang memahami situasi menimpa anaknya.
BACA: Lebih 100,000 Tonton Live TikTok Syida Melvin Desak Bekas Suami Keluar Rumah

Robiah berkata bukan mereka tidak memahami undang-undang namun tindakan itu dilakukan demi kebajikan terhadap anak-anak.
“Terima kasih sebab memahami, bukan kami tak faham undang-undang, ini tentang budi bicara dan belas ihsan untuk kebajikan anak-anak sendiri,” katanya.
Sementara itu, Robiah berkata siaran langsung itu dilakukan untuk orang ramai melihat keadaan sebenar serta apa yang berlaku pada pertemuan berkenaan.
“Buat live sebab nak orang tahu sisi dia yang separuh lagi tu, sisi lain dah nampak dia tenang sangat. Orang yang tak hadap minta tolong jangan terlalu menilai teruk sangat,” katanya.