Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon dan pempengaruh media sosial, Syida Melvin melakukan siaran langsung meminta bekas suaminya, Syafiq Azim keluar dari rumah.

Difahamkan, sesi siaran langsung tersebut mendapat tontonan lebih 100,000 di laman TikTok serta mendakwa bekas suaminya masih berkeras untuk tidak mahu meninggalkan kediaman berkenaan.

BACA: Syida Melvin Terpaksa Buat Live Desak Bekas Suami Keluar Rumah 

View on Threads

Semalam, Syida berkata dia mendedahkan kemelut rumah tangganya bersama bekas suami, Syafiq Azim secara live kerana sudah buntu untuk selesaikan isu berkenaan.

Syida berkata anak-anaknya akan mulakan sesi persekolahan tidak lama lagi dan sudah lapan bulan dia tinggal di kampung serta menumpang di rumah kakaknya.

Sementara itu, Syida tidak menafikan rumah berkenaan adalah harta sepencarian namun mempersoalkan adakah dia dan anak-anak tiada hak untuk tinggal di kediaman berkenaan. 

Sumber: Malaysia Gazette

×