“Lepaskanlah Saya Dengan Ikhlas, Berbaiklah Demi Anak-Anak” 

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie memuat naik hantaran dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya.

Menerusi hantaran di Threads, Dr Fie meminta agar dilepaskan dengan ikhlas serta menjalin hubungan baik demi anak-anak.

BACA: “Buktikanlah Kalau Itu Hutang Saya” 

“Lepaskanlah saya dengan ikhlas..Berbaiklah demi anak-anak. Apa lagi yang kita nak dalam hidup ni? Fie nak syurga je buat kita semua,” tulisnya.

Terdahulu, Dr Fie membalas di ruangan komen di Threads meminta bukti berkenaan dakwaan dia berhutang sebanyak RM2.3 juta.

Dr Fie meminta untuk membuktikan itu adalah hutang miliknya susulan pendedahan bekas suaminya pengutip hutang datang ke rumah untuk mencarinya.

×