Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai suami baru kepada pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah iaitu Kapten Amrul Nizar susulan pelbagai dakwaan timbul di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang bekas pekerja syarikat milik Kapten Amrul tampil mendedahkan sikap sebenar suami Dr Fie itu.
BACA: “Buktikanlah Kalau Itu Hutang Saya”

Menurut individu itu, Kapten Amrul disifatkan seorang yang menjaga kebajikan pekerja dan malah turut memberi duit poket jika gaji lambat.
“Sepanjang bekerja dengan Capt Amrul. Saya tak pernah tengok kebajikan staff terabai. Masa penghujung Afjets nak tutup, Gaji lambat pun dia bagi duit poket untuk cover belanja,” katanya.
Sementara itu, individu itu turut menafikan Kapten Amrul seorang kaki perempuan tetapi seorang yang sangat peramah sehingga ada yang mengambil kesempatan terhadapnya. Individu itu turut menafikan dakwaan Kapten Amrul mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.
“Pasal anak-anak Capt masa bawah jagaan Cap, saya yang selalu uruskan. Masa Asadel sekolah dekat PPKI Ampang saya yang hantar dan ambil hari-hari. Tak nampak pulak kebajikan dia terabai, si ibunya pulak yang tiba-tiba tarik balik, nak jaga balik,” katanya.