Baru-baru ini perkongsian usahawan Ridzuan Ridzokumura menjadi perhatian memuat naik video memaparkan usahawan Mawar Karim meluangkan masa bersama anaknya, Maryam.

Namun, apa yang turut menjadi perhatian anak-anak bekas suaminya, Fizo Omar dan Fazeera Nazri turut kelihatan bersama Mawar.

BACA: Fizo Omar Doakan Mawar Karim Bahagia Andai Benar Dah Kahwin

Menerusi video berkenaan, Mawar bersama anaknya serta  anak-anak Fazeera iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira berada di sebuah restoran.

Dapat dilihat, kedua-dua anak Fazeera tidak kekok bersama Mawar yang sedang melayan mereka.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Mawar yang menyantuni anak-anak Fazeera serta tersentuh melihat layanan usahawan itu. 

×