Penyanyi Nubhan memuat naik hantaran memberitahu dia telah membuat laporan polis selepas mendakwa rumahnya didatangi pengutip hutang yang mencari bekas isterinya, Dr Fie.
Menerusi perkongsian di Facebook, Nubhan berkata laporan polis itu dibuat kerana bimbang keselamatan anak serta keluarganya.
BACA: “Ajak Minum Kopi” – Nubhan Dedah Ramai Wanita Cuba Dekati Lepas Cerai

“Baru baru ini rumah saya di datangi pengutip hutang saya rasa amat risau atas keselamatan anak anak,keluarga dan diri saya. Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri saya, saya mohon jasa baik agar anak anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini,” tulisnya.
Sementara itu, Nubhan berkata dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang seandainya keselamatan dirinya, anak-anak dan keluarga terancam.
Dalam laporan polis berkenaan turut memberitahu bekas isterinya mempunyai hutang dalam jumlah yang besar, serta tidak mahu bekerjasama.